Get Mystery Box with random crypto!

Eskatologi Official

Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official E
Telegram kanalining logotibi eskatologiofficial — Eskatologi Official
Kanal manzili: @eskatologiofficial
Toifalar: Texnologiyalar , Siyosat
Til: Oʻzbek tili
Obunachilar: 23.28K
Kanalning ta’rifi

Brings you end time events around the world.⏳🔎
https://linktr.ee/eskatologiofficial_

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


Oxirgi xabar

2023-07-22 11:29:25 Penyanyi LGBT bercium atas pentas konsert di Sepang malam tadi sambil memegang botol arak dan memaki hamun undang-undang LGBT di Malaysia.

Ada orang kata, konsert sebegini baik untuk pelaburan ekonomi namun perlu juga diingat, ada ‘harga’ yang perlu dibayar dan ada ‘kos’yang mahal untuk dirawat. Hiburan, budaya, ekonomi, jatidiri perlu selari dalam konteks sebenar maksud MADANI.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada bala atas kemungkaran yang sedang berlaku. Nauzubillah…
3.6K views08:29
Ochish/sharhlash
2023-07-22 11:29:23
3.6K views08:29
Ochish/sharhlash
2023-07-16 18:52:53
Umat Islam di Sweden secara beramai-ramai membaca al-Quran dalam protes yang diadakan terhadap insiden yang menyaksikan seorang lelaki Iraq yang tinggal di Sweden membakar al-Quran dan memijaknya di luar masjid terbesar di ibu negara Sweden semasa Aidiladha baru-baru ini.

Salwan Momika, lelaki Iraq berusia 37 tahun, melakukan tindakan provokasi di bawah kehadiran polis yang ketat selepas diberi kebenaran untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa Sweden.

Follow our backup @eskatologiofficial2
6.3K views15:52
Ochish/sharhlash
2023-07-16 17:43:07 xAI is coming

Bermula dengan kemunculan ChatGPT dapat digunapakai oleh semua, dan terkini Elon Musk mengumumkan syarikat atau venture terkini beliau xAI. Menariknya, pada awal pemulaan openAI atau ChatGPT Elon Musk juga terlibat. Kini beliau menawarkan gagasan xAI untuk mengisi permintaan era AI sekarang. Apakah xAI? Ianya adalah 'explainable' AI, bermaksud di antara feature xAI ini ialah, ia juga menyediakan atau memberikan 'sebab atau penerangan' bagaimana AI yang dihasilkan. Sebagai contoh, Doktor yang mengunakan Machine-xAI, Machine-xAI tersebut akan memberikan penerangan kepada Doktor berkenaan kenapa sesuatu keputusan atau tindakan yang dicadangkan oleh Machine-xAI itu.

Realiti atau tidak, teknologi AI sedang berkembang. Seluruh dunia sedang berbincang mengenai teknologi. Apa yang menariknya, Elon Musk sendiri mengakui akan bahayanya AI berbanding senjata nuklear. Mungkin ada benarnya.

Apapun, penggunanaan teknologi ini bergantung kepada penggunanya, kalau digunakan untuk kebaikan maka bergunalah AI tersebut, kalau digunakan untuk keburukan AI itu maka ia akan beri malapetaka kepada manusia.
5.8K views14:43
Ochish/sharhlash
2023-07-16 17:43:04
4.7K views14:43
Ochish/sharhlash
2023-07-16 14:16:52
Presiden Indonesia Joko Widodo berkata ASEAN tidak boleh menjadi “ proksi “ kepada mana-mana negara, disaat ketegangan antara China dan Amerika Syarikat di Asia Pasifik semakin memuncak.

Kita melihat konflik masa depan dijangka menjadikan Laut China Selatan sebagai platform proksi di antara Barat dan Timur. Perlumbaan antara kuasa Barat yang diterajui Amerika Syarikat dan Britain dan kuasa Timur oleh China dan Rusia dijangka berterusan dengan menjadikan Laut China Selatan pentas pertelingkahan antara kedua-dua blok kuasa besar ini. 

Negara kecil seperti Malaysia pada ketika ini seharusnya bijak memilih pendirian dan tepat supaya tidak terlibat secara langsung dalam konflik di Asia Pasifik.

Berada di tengah konflik dan menjadi 'kuasa' pengimbang adalah jalan terbaik buat Malaysia. Belajar dari Thailand bagaimana mereka mengelakkan Siam daripada dijajah.
4.4K views11:16
Ochish/sharhlash
2023-07-08 18:38:58 - Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan dalam satu pertemuan baru bersama Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy di Istanbul berkata Ukraine layak menjadi ahli pakatan tentera NATO.

Sudah pasti Rusia akan mengikut rapat perkembangan ini dan akan panas bila mendengar Erdogan berkata Ukraine layak menyertai NATO. Kenapa? Kerana pembesaran NATO akan menyebabkan Rusia kehilangan 1000 kilometer kawasan buffer untuk melindungi Moscow. NATO dilihat sebagai ancaman kepada Rusia kerana sistem pertahanan peluru berpandu yang ada pada NATO akan melemahkan keupayaan sistem pertahanan Rusia. Semua ini dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan Rusia, maka sebab itulah hubungan Rusia dengan negara2 barat menjadi semakin buruk atas isu pembesaran NATO.

Mesti ada yang tertanya-tanya, Turki berpihak kepada siapa sebenarnya? Dalam konteks ini Turki cuba untuk memaksimumkan sebanyak mungkin kepentingan negara mereka tanpa terikat dengan mana-mana kuasa besar (balancing act). Turki sedar akan kepentingan negara mereka bagi AS dan NATO serta hubungan Turki dan Rusia juga telah dimanfaatkan oleh Erdogan untuk menekan EU mengenai keahlian Turki. Kesimpulannya, tindakan seperti ini selain menguji tahap kebijaksanaan pemimpin, ia juga bergantung kepada geografi sesebuah negara.

Nak faham politik antarabangsa pada hari ini, wajib faham apa itu NATO.

: AP
7.3K viewsedited  15:38
Ochish/sharhlash
2023-07-08 18:38:50
6.2K views15:38
Ochish/sharhlash
2023-07-05 19:27:49
Satu laporan dalam akhbar harian Turki yang pro-kerajaan mendakwa tujuh anggota kumpulan pengintip Israel (MOSSAD) telah ditangkap oleh Pertubuhan Perisikan Kebangsaan Turkiye pada Isnin lalu.
7.6K views16:27
Ochish/sharhlash
2023-07-05 18:44:59
Indonesia naik kelas jadi ‘Negara Menengah Atas’. Inflasi tahunan Indonesia turun menjadi 3.5% pada Jun 2023, terendah sejak 14 bulan terakhir. Apa yang dilihat hari ini adalah Indonesia sudah berjaya menghasilkan project imej dan pengaruhnya dalam diplomasi kuasa-kuasa besar. Sebagai contohnya mereka berjaya mengadakan persidangan G20 di Bali pada tahun lepas dan juga menjadi orang tengah dalam konflik Rusia Ukraine. Saya beranggapan melalui analisis ketika ini adalah bahawa Indonesia adalah “potential superpower” yang sedang bangkit dan berupaya menentukan agenda politik dunia. Adakah Indonesia akan berjaya bangkit sebagai superpower?
7.0K views15:44
Ochish/sharhlash